Saturday, January 24, 2015

Bagaimana Nak Kurus dengan Bersenam di Kuantan?

Ketahui Cara Bagaimana Nak Kurus Dengan Bersenam Jika Anda Berada di Kuantan.


Selepas lebih daripada setahun melahirkan anak ketiga, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 18kg daripada berat selepas bersalin dahulu. Kini,  tibalah masanya untuk saya mula melakukan senaman secara konsisten kerana saya faham iaitu cara bagaimana nak kurus selain daripada menjaga pemakanan ialah dengan bersenam. 

Tertanya-tanya samada anda boleh kurus tanpa senaman? Baca di sini.

Senaman dapat membakar kalori dan lemak dalam badan. Dengan bersenam kita akan dapat bentuk badan lebih menarik kerana senaman dapat membantu kita mengekal dan membina otot. Yang paling penting ialah senaman dapat membantu kita menjaga kesihatan jantung.

Dengan semangat nak kuruskan badan, saya dengan gigihnya cuba bersenam sendiri di rumah. Download semua video senaman tidak kiralah dance workout, zumba, yoga, pilates dan lain-lain lagi. Selain tu juga saya cuba berlari atas treadmill yang sudah ada di rumah.


Tetapi, untuk bersenam sendiri di rumah memang sesuatu yang sangat mencabar. Antara cabaran bagaimana nak kurus dengan bersenam sendiri di rumah ialah:-
  • Selalu rasa diri sibuk dan sukar cari masa untuk bersenam
  • Selalu diganggu dengan panggilan telefon, kerenah anak, lain-lain hal walaupun pada waktu yang sudah ditetapkan bersenam. Akhirnya, terus tak jadi nak bersenam pada waktu yang telah dirancang.
  • Tiada rakan untuk memberi sokongan dan sama-sama melakukan dengan lebih baik. Akhirnya bagaimana nak kurus, kalau rasa bosan ketika bersenam, dan akhirnya kita terus berhenti.
  • Tiada jurulatih  yang boleh menasihati postur yang betul semasa bersenam

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, hanya mereka yang betul-betul berdisiplin dan komited sahaja dapat meneruskan senaman sendirian jika mereka nak kuruskan badan. Jika anda ingin tahu bagaimana nak kurus dengan cara bersenam yang lebih berkesan. melakukan senaman secara berkumpulan adalah satu pilihan yang terbaik.

Sempena Tahun 2015 ini saya telah  mengambil keputusan untuk mendaftar  di sebuah Fitness Centre berdekatan dengan rumah saya iaitu di Taman Tas. Selain daripada itu juga, saya mula menyertai aktivti senaman Fit Hour yang diadakan di Taman Tasik Bandar,Indera Mahkota, Kuantan setiap petang pada hari Selasa, Khamis dan Ahad. Hubungi saya jika anda ingin turut serta dengan aktiviti Fit Hour ini

Barulah saya sedar bahawa bersenam secara berkumpulan dapat memberikan hasil yang lebih baik daripada senaman secara sendirian di rumah. Ini adalah atas beberapa sebab:-
  •  Jadual bersenam yang tetap menyebabkan kita terpaksa ikut jadual dan tiada perubahan pada yang dirancang,
  • Ada ramai kawan sebagai pendorong dan memberikan motivasi. Senaman juga menjadi lebih menyeronokkan.
  • Mendapat coaching yang sepatutnya tentang postur yang betul dan juga mendapat tips cara bagaimana nak kurus lebih baik dengan senaman dan pemakanan
Jadi, jika anda seseorang yang ingin turunkan berat badan dengan senaman, untuk mendapat hasil yang lebih baik, anda boleh mendaftar ke mana-mana gym dan Pusat Fitness berdekatan dengan rumah atau pejabat anda. Anda berpeluang memilih jenis senaman yang disukai dan juga yuran akan dikenakan berdasarkan pilihan jadual anda.

Jika anda berada di Kuantan dan ingin menyertai aktiviti menyeronokkan yang mampu membakar antara 200-500 kalori dalam masa sejam, jom hadirkan diri ke salah satu sesi  Zumba Kuantan yang terletak di Taman Tas, Anda juga boleh mendapat analisa kesihatan bagi mengetahui jumlah lemak yang anda perlu kurangkan, dan juga jumlah kalori yang anda perlu ambil sehari untuk menurunkan berat badan.

Marilah bersama-sama menyertai aktiviti Zumba Kuantan  ini.  Saya sentiasa berminat untuk menambah kenalan terutama dari segi kesihatan!

Adakah anda seseorang yang telah berjaya menurunkan berat melalui senaman? Atau adakah anda sedang mencari senaman yang sesuai untuk anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah.



photo 
     


No comments:

Post a Comment

Isikan maklumat berikut

Isikan maklumat dibawah jika anda serius untuk melantik saya sebagai Jurulatih Pengurusan Berat Badan anda

Nama:
Email:
No Telefon

This HTML form was created by Freedback.

Menurunkan Berat Badan dengan Aziera Yazid