Pengedar Herbalife Kuantan

Pengedar Herbalife Kuantan

Monday, January 26, 2015

Aktiviti Herbalife di Kuantan: Herbalife Day Bulan Januari 2015


Jom sertai kami untuk aktiviti Fit Hour sempena Hari Herbalife Kuantan seperti berikut:-

Tarikh: 31 Januari 2015
Masa: 9 pagi (8:45 pagi untuk pendaftaran)
Lokasi: Hotel Rocana Kuantan

Anda dapat mengetahui bagaimana cara menurunkan berat badan melalui senaman dan juga nutrisi dalam makanan.

Hubungi saya untuk menyertainya Aziera 0179360797

Jumpa di sana!

Saturday, January 24, 2015

Bagaimana Nak Kurus dengan Bersenam di Kuantan?

Ketahui Cara Bagaimana Nak Kurus Dengan Bersenam Jika Anda Berada di Kuantan.


Selepas lebih daripada setahun melahirkan anak ketiga, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 18kg daripada berat selepas bersalin dahulu. Kini,  tibalah masanya untuk saya mula melakukan senaman secara konsisten kerana saya faham iaitu cara bagaimana nak kurus selain daripada menjaga pemakanan ialah dengan bersenam. 

Tertanya-tanya samada anda boleh kurus tanpa senaman? Baca di sini.

Senaman dapat membakar kalori dan lemak dalam badan. Dengan bersenam kita akan dapat bentuk badan lebih menarik kerana senaman dapat membantu kita mengekal dan membina otot. Yang paling penting ialah senaman dapat membantu kita menjaga kesihatan jantung.

Dengan semangat nak kuruskan badan, saya dengan gigihnya cuba bersenam sendiri di rumah. Download semua video senaman tidak kiralah dance workout, zumba, yoga, pilates dan lain-lain lagi. Selain tu juga saya cuba berlari atas treadmill yang sudah ada di rumah.


Tetapi, untuk bersenam sendiri di rumah memang sesuatu yang sangat mencabar. Antara cabaran bagaimana nak kurus dengan bersenam sendiri di rumah ialah:-
  • Selalu rasa diri sibuk dan sukar cari masa untuk bersenam
  • Selalu diganggu dengan panggilan telefon, kerenah anak, lain-lain hal walaupun pada waktu yang sudah ditetapkan bersenam. Akhirnya, terus tak jadi nak bersenam pada waktu yang telah dirancang.
  • Tiada rakan untuk memberi sokongan dan sama-sama melakukan dengan lebih baik. Akhirnya bagaimana nak kurus, kalau rasa bosan ketika bersenam, dan akhirnya kita terus berhenti.
  • Tiada jurulatih  yang boleh menasihati postur yang betul semasa bersenam

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, hanya mereka yang betul-betul berdisiplin dan komited sahaja dapat meneruskan senaman sendirian jika mereka nak kuruskan badan. Jika anda ingin tahu bagaimana nak kurus dengan cara bersenam yang lebih berkesan. melakukan senaman secara berkumpulan adalah satu pilihan yang terbaik.

Sempena Tahun 2015 ini saya telah  mengambil keputusan untuk mendaftar  di sebuah Fitness Centre berdekatan dengan rumah saya iaitu di Taman Tas. Selain daripada itu juga, saya mula menyertai aktivti senaman Fit Hour yang diadakan di Taman Tasik Bandar,Indera Mahkota, Kuantan setiap petang pada hari Selasa, Khamis dan Ahad. Hubungi saya jika anda ingin turut serta dengan aktiviti Fit Hour ini

Barulah saya sedar bahawa bersenam secara berkumpulan dapat memberikan hasil yang lebih baik daripada senaman secara sendirian di rumah. Ini adalah atas beberapa sebab:-
  •  Jadual bersenam yang tetap menyebabkan kita terpaksa ikut jadual dan tiada perubahan pada yang dirancang,
  • Ada ramai kawan sebagai pendorong dan memberikan motivasi. Senaman juga menjadi lebih menyeronokkan.
  • Mendapat coaching yang sepatutnya tentang postur yang betul dan juga mendapat tips cara bagaimana nak kurus lebih baik dengan senaman dan pemakanan
Jadi, jika anda seseorang yang ingin turunkan berat badan dengan senaman, untuk mendapat hasil yang lebih baik, anda boleh mendaftar ke mana-mana gym dan Pusat Fitness berdekatan dengan rumah atau pejabat anda. Anda berpeluang memilih jenis senaman yang disukai dan juga yuran akan dikenakan berdasarkan pilihan jadual anda.

Jika anda berada di Kuantan dan ingin menyertai aktiviti menyeronokkan yang mampu membakar antara 200-500 kalori dalam masa sejam, jom hadirkan diri ke salah satu sesi  Zumba Kuantan yang terletak di Taman Tas, Anda juga boleh mendapat analisa kesihatan bagi mengetahui jumlah lemak yang anda perlu kurangkan, dan juga jumlah kalori yang anda perlu ambil sehari untuk menurunkan berat badan.

Marilah bersama-sama menyertai aktiviti Zumba Kuantan  ini.  Saya sentiasa berminat untuk menambah kenalan terutama dari segi kesihatan!

Adakah anda seseorang yang telah berjaya menurunkan berat melalui senaman? Atau adakah anda sedang mencari senaman yang sesuai untuk anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah.



photo 
     


Thursday, January 8, 2015

Bagaimana Saya Bermula dengan Online Bisnes Dari Rumah?

Online Bisnes Dari Rumah: Kisah permulaan bekerja dari rumah


Sejak dari awal minggu ini, saya agak sibuk menguruskan persiapan ke Acara Spectacular Herbalife Malaysia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 Januari 2015 ini. Syukur, Alhamdulillah. Semua persediaan semua siap, hanya menunggu tarikh tersebut sahaja dan bersiap sedia untuk belajar.

Apakah itu Spectacular Herbalife?

Spectacular ialah satu acara terbesar bagi Herbalife di Malaysia yang diadakan pada setiap tahun, khusus bagi meraikan dan menghargai semua ahli Herbalife di Malaysia. Semua ahli Herbalife akan datang dari semua negeri di Malaysia dan berkumpul di acara ini. Selain daripada itu, ramai speaker-speaker jemputan hebat dari dalam dan luar negara akan memberikan taklimat dan mengajar ahli-ahli dan Coach Herbalife yang hadir tentang cara melakukan bisnes dengan lebih baik.

Dalam menghadapi persedian acara tahun ini, saya teringat kisah bagaimana Spectacular telah membuka peluang kepada saya tentang melakukan online bisnes dari rumah. Saya tidak pernah menyangka hanya dengan membuat keputusan untuk hadir pada acara Spectacular Malaysia pada tahun 2011, telah menunjukkan saya satu peluang untuk merealisasikan impian saya iaitu dengan menggunakan Herbalife secara online bisnes dari rumah. Jika sebelum itu saya hanya ingin menggunakan produk Herbalife untuk menurunkan berat badan dan  mengawal berat badan, dengan hadir ke acara Spectacular saya dapat lihat peluang yang sangat besar dalam Herbalife. Baca kisah saya di acara Spectacular untuk Pengedar Herbalife Malaysia di sini.

Download ebook untuk ketahui bagaimana saya turun berat badan 18kg menggunakan produk Herbalife


Inilah gambar kenangan saya pertama kali dalam acara Spectacular Malaysia pada tahun 2011 di PICC, Putrajaya. Lihatlah saya hanya duduk di atas tangga sahaja. Walaupun memang tempat duduk disediakan, tetapi disebabkan teruja dengan keadaan di dalam acara ini, saya bersemangat nak melihat stage dengan lebih dekat, dan sanggup duduk atas tangga. Memang mengujakan!

Sesungguhnya saya tidak pernah menyesal untuk menghadirkan diri ke Acara Spectacular ini. Hasil daripada acara ini telah mengubah kehidupan saya sama sekali. Saya juga berjaya melayakkan diri mengikuti percutian percuma yang dianjurkan oleh Herbalife, menambah pendapatan dalam bisnes Herbalife dan lain-lain lagi*. Yang paling penting ialah acara ini telah memberikan peluang untuk saya melakukan Herbalife online bisnes dari rumah.

*Hasil pendapatan adalah berbeza mengikut individu.. Hasil pendapatan (atau contoh) yang digambarkan adalah tidak tipikal.

Jika anda seperti saya satu ketika dulu, yang masih mencari-cari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan melakukan  online bisnes dari rumah, hubungi saya untuk mengetahui bagaimana Herbalife boleh membantu anda.

Baca kisah bagaimana saya memulakan perniagaan saya dari rumah. Email ke aziera@azierayazid.com untuk mendapatkan ebook ' Bagaimana Memulakan Bisnes Online dari Rumah dengan Kos Yang Sangat Rendah'.
photo
Aziera Yazid
     
* Pendapatan yang diterima bukanlah purata pendapatan untuk semua. Purata pendapatan setiap individu adalah berbeza-beza. 
* Percutian adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh Herbalife Malaysia

Friday, January 2, 2015

Salam Maulidur Rasul untuk semua

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia.


Isikan maklumat berikut

Isikan maklumat dibawah jika anda serius untuk melantik saya sebagai Jurulatih Pengurusan Berat Badan anda

Nama:
Email:
No Telefon

This HTML form was created by Freedback.

Menurunkan Berat Badan dengan Aziera Yazid