Monday, November 30, 2015

Turun 25kg Dengan Sarapan Pagi Sihat

Tukar Sarapan Pagi Sihat, Abang Zaki Turun 25kg* 


Inilah kisah Abang Zaki yang telah menjadi Juara Cabaran Turun Lemak Kuantan Musim ke-4 dan ke-5 yang baru sahaja selesai dilangsungkan minggu lepas.

Lihatlah perbezaan fizikal Abang Zaki ketika mula-mula menyertai Cabaran ini dan kini setelah selesai meraih gelaran Juara sekali lagi dan memenangi hadiah wang tunai yang disediakan oleh Coach Turun Berat Badan Pekan dan Kuantan.


Abang Zaki, umur 54 tahun, memulakan misi menurunkan berat badan dengan berat badan 105.4kg. Dengan bantuan Coach Turun Berat Badan wakil dari Pekan, Abang Zaki bersemangat untuk capai berat badan lebih baik untuk dirinya dengan mengubah sarapan pagi sihat. Setelah menyertai beberapa musim, Abang Zaki berjaya turun sehingga 86.5 kg. Sepanjang menyertai Cabaran Turun Lemak ini beberapa kali, Abang Zaki berjaya turun berat berjumlah 25kg! Walaupun ada sedikit kenaikan semasa sesi pertandingan direhatkan, Abang Zaki tetap istiqamah meneruskan usaha beliau untuk berjaya. Memang berbaloi apabila beliau memenang 2 musim pertandingan ini!

Antara faktor kejayaan Abang Zaki menurunkan jumlah 25kg ini ialah:
  • Mengambil sarapan pagi sihat setiap hari iaitu Aloe Vera Herbalife, Teh Hijau Untuk Diet Teamix Herbalife dan Shake Herbalife
  • Menjaga pemakanan dan memilih makanan yang sihat dan seimbang seperti yang disarankan oleh Coach Bebas Herbalife beliau sendiri.
  • Bersenam setiap hari. Abang Zaki selalunya berjogging beberapa pusingan sama ada sestiap pagi atau petang.
  • Minum air secukupnya seperti yang diperlukan oleh badan beliau sendiri.
  • Sentiasa menghantar menu yang dimakan kepada Coach Bebas Herbalife dan mengemaskini setiap aktiviti dan perubahan yang berlaku kepada dirinya.
Jadi, jika Abang Zaki berjaya melakukannya, mengapa tidak anda? Abang Zaki berjaya mengubah fizikal daripada seorang yang Obese menjadi seorang yang lebih berat badan (overweight). Abang Zaki berazam meneruskan misi ini dengan terus mengambil sarapan pagi sihat dan terus menyertai Cabaran Turun Lemak Herbalife Kuantan sehingga beliau mendapat berat badan ideal.

Adakah anda ingin mengubah fizikal anda sekarang dan turunkan berat badan seperti Abang Zaki?

Adakah anda ingin turut sama menyertai perjuangan mendapat berat badan ideal bersama-sama
Abang Zaki dan juga ramai lagi peserta dari Pekan, Kuantan, dan kawasan sekitarnya?

Adakah anda sudah bersedia menukar kepada sarapan pagi sihat, dan berjaya turunkan berat badan dengan bantu Coach Turun Berat Badan anda?

Jangan bertangguh lagi. Daftar sekarang untuk sertai Cabaran Turun Lemak Musim seterusnya dengan mengisi maklumat anda di bawah atau terus hantar Whatsapp ke nombor 017-9360797:-


Powered byEMF Contact Form

photo 
     

Monday, October 19, 2015

Testimoni Herbalife: Cabaran Turun Lemak #mohkurusweh

Testimoni Herbalife: Turun Berat Badan melalui Cabaran Turun Lemak

Pernah dengar mengenai Cabaran Turun Lemak Badan? Program ini sedang dilaksanakan di Kuantan, Pekan dan kawasan sekitarnya.

Program Cabaran Turun Lemak Badan menawarkan peserta menurunkan berat badan dan lemak badan melalui Program Turun Berat Badan Herbalife dengan menukar sarapan pagi dengan shake Herbalife. Hasilnya, setiap peserta akan mendapat testimoni Herbalife mereka sendiri iaitu turun berat badan, turun lemak dalam badan, badan jadi lebih bertenaga serta terbentuk lebih menarik('shaping').

Selain itu juga semua peserta akan mendapat:-
  • Khidmat jurulatih turun berat badan
  • Cadangan Pelan Pemakanan Sihat
  • Analisa Kesihatan badan secara berkala
  • Pemantauan dari jurulatih sepanjang tempoh pertandingan
  • Kumpulan sokongan untuk meningkatkan motivasi dan mendapat hasil tesimoni Herbalife yang paling maksimum
Yang menariknya, semua peserta berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai!

Berikut ialah Testimoni Herbalife yang dialami sendiri oleh salah seorang peserta saya, Hazrulrizawati selepas mengikuti program ini, hanya dengan menukar sarapan pagi sihat. 
#mohkurusweh
Walaupun Haz tidak berjaya memenangi wang tunai, tetapi dia telah mendapat hadiah yang lebih bernilai dari Cabaran ini. Haz telah berjaya turun lebih dari 6kg dan badan shaping dengan banyak, sungguh berbeza sekali dengan dirinya yang dulu.

Sebenarnya Haz telah mencuba pelbagai kaedah dan cara untuk kuruskan badan tetapi tidak pernah berjaya. Hanya dengan serius membuat komitmen sepanjang Cabaran ini berlangsung, Haz telah berjaya turun lebih dari 2% lemak dalam badan dan mendapat testimoni Herbalife yang sangat mengujakan! Dia kini telah menjadi seorang Jurulatih Bebas Herbalife sambilan membantu rakan-rakannya mendapat kesan Herbalife yang sama seperti beliau. Dalam masa yang sama Haz akan terus menyertai Pertandingan Cabaran Lemak badan sehingga dia mencapai berat ideal.

Hubungi Haz di nombor 019-7778603 untuk ketahui cara turun berat badan dengan menyertai Cabaran Turun Lemak ini. 


Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jika anda seorang yang serius untuk turunkan berat, apa kata anda sertai Cabaran Turun Lemak ini untuk mendapat hasil yang lebih baik.Jika anda rasa kesunyian berdiet seorang diri, apa kata anda bersama peserta yang lain sama-sama memberikan motivasi antara satu sama lain supaya capai hasil yang terbaik untuk diri masing-masing.

Semuanya adalah pemenang dengan menyertai Cabaran Turun Lemak Badan ini dan akan dapat testimoni Herbalife masing-masing dan turun berat badan. Hasilnya pasti memeranjatkan anda!

Jangan bertangguh lagi. Anda mungkin dapat menang hadiah tunai atau mungkin juga tidak. Tetapi saya yakin kami sebagai Jurulatih akan dapat bantu anda  turunkan berat dan lemak badan jika anda bersedia untuk berubah.

Hubungi saya di nombor 0179360797 untuk menempah tempat anda dalam Cabaran Turun Lemak musim akan datang!

Thursday, October 15, 2015

Nak kurus cepat? Ketahui nombor magik anda dulu

Anda Nak Kurus Cepat? Sudah tau apakah nombor magik badan anda?


Apa itu nombor magik?
Nombor magik yang dimaksudkan adalah BMR iaitu Basal Metabolic Rate. 
BMR ialah jumlah tenaga (dalam kiraan kalori) yang diperlukan oleh badan kita dalam keadaan rehat selama 24 jam untuk melakukan semua aktiviti asas seperti bernafas, penghasilan sel badan, perjalanan darah dalam badan, kawalan suhu badan dan lain-lain lagi. Jadi, sebenarnya badan kita bekerja keras walaupun dalam keadaan kita rehat atau baring di atas katil sepanjang hari.

Kenapa BMR penting untuk kuruskan badan?

JIka anda ingin menurunkan berat badan, nak kurus cepat, naikkan otot, berlari lebih laju, atau ingin menyertai program latihan, adalah penting untuk mengetahui berapa BMR atau nombor magik anda. Ini dapat membantu anda memastikan enjin badan anda dalam keadaan berkuasa tinggi. Setelah anda ketahui berapa BMR yang diperlukan oleh badan, bukan sahaja lebih mudah mengenalpasti pelan pemakanan sihat yang akan memenuhi BMR anda malah memberikan anda rasa lebih kenyang dan bertenaga. Selain daripada itu, anda boleh kenalpasti jenis senaman yang sesuai dengan keperluan BMR untuk capai matlamat anda.

Tetapi, apabila badan sudah mula terbiasa dengan sesuatu rutin, anda perlu mendapatkan BMR terbaru anda kerana nombor ini sentiasa berubah. Anda boleh hubungi mana-mana Jurulatih Bebas Herbalife untuk ketahui berapa BMR anda terkini. Jika anda di Kuantan, boleh hubungi saya Coach Bebas Herbalife untuk ketahui nombor magik anda dan bantu anda yang nak kurus cepat.

Formula untuk BMR adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan:
Untuk lelaki: BMR = 10 x berat(kg) + 6.25 x tinggi(cm) – 5 x umur (tahun) + 5
Untuk perempuan: BMR = 10 x berat(kg) + 6.25 x tinggi(cm) – 5 x umur (tahun) – 161

Setelah mengetahui berapa nombor magik anda, anda boleh memperbaiki usaha menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan kalori, atau membuat pelan untuk menambah aktiviti fizikal yang membakar kalori.

Saya turun 18kg dengan menukar pemakanan kepada makanan rendah kalori. Download ebook untuk ketahui bagaimana

Macamana nak kurus cepat dengan nombor magik ini?

Untuk mereka yang nak kurus cepat, anda boleh mengubahsuai jumlah kalori yang diambil mengikut jenis program diet yang sesuai bagi program turun berat badan. Apa yang anda perlu lakukan ialah:-

1. Tetapkan pengambilan kalori sehari.
Ambil 500 kalori kurang dari keperluan sebenar akan dapat menurunkan 1 paun berat setiap minggu.

2. Kemaskini hasil senaman
Anda boleh memilih senaman berbentuk aerobik untuk membakar kalori lebih tinggi dalam masa tertentu, atau senaman berbentuk 'strength' yang akan menyebabkan otot terus membakar lemak dalam keadaan rehat. Rujuk dengan Jurulatih untuk pilihan senaman yang sesuai. 
Jika anda membakar 250 kalori dengan bersenam, selain daripada pengurangan kalori melalui diet, anda yang nak kurus cepat akan dapat kurangkan setengah paun lebih cepat dalam setiap minggu.

Jadi, saya nak kurus cepat. Macamana nak tau nombor magik ini?

Jika anda tinggal berdekatan Kuantan, Pahang, anda boleh temui saya  supaya saya bantu buat analisa badan dan terangkan mengenai nombor magik anda. Saya boleh bantu anda yang nak kurus cepat supaya capai berat badan yang diinginkan dengan cara yang sihat dan selamat.

Jangan risau jika anda di luar Kuantan. Hubungi saya secara online atau Whatsapp ke nombor 0179360797 supaya saya boleh bantu kenalpasti no magik atau BMR anda dan cadangkan jenis diet turun berat yang sesuai untuk anda turunkan berat badan dengan berkesan.

Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Bebas Herbalife yang telah turun 18kg dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dengan pelan pemakanan yang rendah kalori tetapi mengenyangkan dan memberikan tenaga. Anda mungkin orang seterusnya yang akan mendapat hasil kejayaan dalam menurunkan berat badan. Ini adalah masa untuk anda melakukan perubahan. Dapatkan bimbingan jurulatih Aziera Yazid sebelum terlambat.

 

Wednesday, September 2, 2015

Macamana cara beli Herbalife online?

Nak beli Herbalife online?


Saya selalu terima mesej bertanya sama ada mereka boleh beli Herbalife online dari saya.

Kebanyakan mereka pernah menggunakan produk ini dan mendapat hasil. Ada yang sudah pernah turunkan berat badan sehingga 10kg, ada juga yang pernah turun hingga 20kg!

Apa yang terjadi selepas mendapat hasil?

Mereka berhenti atas beberapa sebab. Mungkin atas sebab kewangan, atau kesibukan. Atau bertukar lifestyle dari seorang pelajar kepada bekerja. Atau pun mungkin berpindah ke tempat lain.

Setelah beberapa tahun kemudian, mereka ingin sambung semula beli Herbalife online dan guna produk ini. 

Bila ditanya mengapa mereka tidak dapatkan dari Coach Bebas Herbalife yang asal, kebanyakannya menjawab sama ada Coach mereka sudah tidak lagi menjalankan bisnes Herbalife, ataupun mereka terputus hubungan dengan Coach masing-masing. 

Kini, mereka kembali ingin menggunakan produk Herbalife.Ada yang telah naik semula berat badan selepas beberapa tahun meninggalkan produk ini?

Adakah mereka naik berat kerana kesan Herbalife berhenti menggunakan produk ini?

Sudah tentulah tidak! Mereka sendiri mengakuinya. Berat mereka naik semula bukan lah kerana salah produk atau terpaksa bergantung selama-lamanya dengan produk Herbalife ini. tetapi mereka sedar semuanya adalah berpunca dari mereka sendiri. Sama ada tidak mengawal pemakanan, atau tidak menjalani cara hidup aktif yang boleh membantu mereka mnguruskan berat badan.

Jika mereka tidak berpuas hati dengan Herbalife, sudah tentulah mereka tidak akan tercari-cari untuk beli Herbalife online seperti sekarang.

Jadi, jangan risau! Saya memang boleh bantu anda beli Herbalife online! Selain tu anda akan dapat Coaching iaitu bantuan dan panduan mengenai Herbalife sepanjang penggunaan!

Bila dapat tahu yang saya boleh bantu mereka beli Herbalife online dan dapat sambung kembali penggunaan produk Herbalife untuk mengawal dan menurunkan berat badan, mereka rasa sangat gembira. 

Sebagai seorang Coach Bebas Herbalife saya juga rasa sangat gembira kerana dapat bantu seorang lagi mendapat kebaikan nutrisi Herbalife untuk pengurusan berat badan secara sihat.



Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Bebas Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife. Anda mungkin orang seterusnya yang akan mendapat hasil kejayaan dalam menurunkan berat badan. Ini adalah masa untuk anda melakukan perubahan. Dapatkan bimbingan jurulatih Aziera Yazid sebelum terlambat.

 

Tuesday, August 18, 2015

Kenapa perlu sertai Cabaran Turun Berat Badan Kuantan?

Kenapa Saya Perlu Sertai Cabaran Turun Berat Badan Kuantan?


Jika anda berada di Kuantan dan mempunyai masalah berat badan berlebihan, jangan lepaskan peluang untuk buang lemak anda dan menangi hadiah wang tunai!

Cabaran Turun Berat Badan dan Turun Lemak Badan Kuantan kini berlangsung lagi. Dapatkan maklumat lanjut tentang syarat-syarat penyertaan dan tarikh pertandingan terkini dengan menghubungi saya di nombor 017-9360797

Sebelum itu, anda perlu tahu anda perlu sertai Cabaran Turun Berat Badan dan Turun Lemak ini, selain daripada peluang memenangi hadiah wang tunai?

Dengan membuat keputusan untuk menyertai pertandingan ini sahaja, anda boleh mendapat beberapa perkara berikut :-

  • Jurulatih berpengalaman dalam menurunkan berat badan
  • Menu pemakanan sihat disediakan
  • Sesi senaman 3 kali seminggu, sesuai untuk mencapai matlamat turun berat badan dan bakar lemak
  • Kelas Motivasi untuk tips pemakanan sihat
  • Berkenalan dan bertemu dengan kawan-kawan baru yang positif dan mempunyai misi yang sama
Pemenang hadiah utama cabaran ini dalam sesi lepas telah berjaya turun lebih dari 10kg! Tidakkah anda mahu turun berat badan dengan cara yang sihat, menyeronokkan dan pasti berkesan>

Jadi, jangan tunggu lagi! Anda dijemput menghadiri preview Cabaran Turun Berat Badan dan Turun Lemak Kuantan yang akan diadakan dalam masa terdekat. Pilih jadual yang sesuai untuk anda.

Jom sama-sama kurangkan statistik masalah kegemukan dan obesiti di Kuantan dan di seluruh Malaysia. Hubungi saya sekarang untuk pendaftaran.

Monday, August 10, 2015

Kelab Nutrisi : Kerja Dari Rumah Yang Sangat Menyeronokkan!

Kenapa Kerja Dari Rumah Kelab Nutrisi Sangat Seronok? 


Sudah lebih dari satu minggu sejak saya mula menjalankan kelab nutrisi dengan kerja dari rumah. Saya sudahpun melalui pengalaman yang sangat menyeronokkan sepanjang tempoh ini.

Sebelum ini saya selalu bantu orang menurunkan berat badan hanya secara online bekerja di rumah sahaja. Tetapi kini saya telah mengambil keputusan untuk belajar mengenai kelab nutrisi bagi menyampaikan maklumat mengenai nutrisi dan cara pemakanan sihat, terutama untuk sarapan pagi. Saya ingin bantu lebih ramai orang Kuantan mendapat kesan Herbalife. Terima kasih tidak terhingga kepada Coach Iman dan Ida yang sudi menerima saya sebagai seorang pelatih di kelab nutrisi kepunyaan mereka.

Dalam masa  seminggu saya berada di Kelab Nutrisi Kerja Dari Rumah, saya rasa sangat seronok! Saya hanya perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 2 jam sahaja kerja dari rumah ini! Selain itu, dengan kerja dari rumah ini juga kami boleh bekerja sambil menguruskan anak-anak tanpa perlu dihantar kepada pengasuh atau orang lain.

Kenapa ramai orang yang sukakan Kelab Nutrisi?

Dalam Kelab Nutrisi semua orang dapat menambah pengetahuan mengenai maklumat nutrisi, pemakanan dan cara hidup sihat. Bukan sahaja kita dapat berkumpul bersama-sama orang yang positif setiap hari, tetapi juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dengan kisah kehidupan mereka yang menarik setiap hari. Selain daripada itu juga kita dapat mendengar testimoni Herbalife masing-masing yang telah mengambil sarapan setiap pagi di Kelab Nutrisi.

Walaupun sebagai seorang Coach Herbalife yang sudah lama mengambil nutrisi Herbalife ini, saya juga tidak terkecuali mendapat kesan secara langsung dengan hadir ke kelab nutrisi setiap hari. Saya jadi lebih berhati-hati memilih makanan sepanjang hari, berdisiplin dan juga lebih bersemangat membantu ramai orang lagi. Saya rasa tidak sabar untuk kembali ke kelab keesokkan harinya, untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan kelab setiap hari.

Dalam peringkat permulaan ini, walaupun terasa sangat sibuk dan sedikit terhad dengan masa, berbanding bisnes online dari rumah sahaja, saya rasa hidup saya lebih terurus. Saya juga  dapat menguruskan masa dengan lebih bijak! Bukan setakat menjalankan bisnes online dan kelab nutrisi sahaja setiap hari, tetapi kami juga menjalankan aktiviti Cabaran Turunkan Berat Badan Herbalife Kuantan. Memang tak menang tangan melayan sambutan orang Kuantan yang berminat nak kurus dengan Herbalife ni!

Syukurlah walaupun sibuk, setiap hari saya rasa puas dan bertenaga. Setelah selesai kerja saya setiap hari, apabila berada di rumah dengan ahli keluarga juga rasa lebih ceria, dan tetap bertenaga melakukan kerja-kerja rumah hingga malam walaupun bangun seawal pagi!

Saya percaya perasaan ini adalah satu keberkatan dan nikmat dari Allah kerana saya telah bersama-sama menyertai misi menyebarkan maklumat nutrisi kepada orang ramai terutamanya warga Kuantan. Dengan berada di kelab nutrisi, saya telah dapat menyebarkan dakwah mengenai sarapan sihat kepada orang ramai. Dengan berkongsi dan melayan mereka bersarapan sihat setiap hari, Allah kurniakan rasa syukur, gembira,dan ketenangan. Saya betul-betul rasa seronok!

Inshaa-Allah, saya percaya dengan perasaan ikhlas menyebarkan maklumat nutrisi setiap hari, dan tidak jemu berkongsi sarapan sihat dengan semua orang, kejayaan akan hadir dalam hidup saya dan juga semua Coach Herbalife di Kuantan, serta di tempat yang lain.

Kata orang, kejayaan ialah datang 10% dari usaha kita dan 90% lagi melalui doa kepada Allah. Rezeki bukan hanya dalam bentuk duit semata-mata. Saya percaya Allah akan berikan rezeki yang melimpah ruah kepada niat dan usaha kita membantu orang lain mendapatkan sarapan sihat . Selama hanya seminggu saya kerja dari rumah menyumbang kepada usaha ramai orang untuk capai berat badan ideal dan menambah tenaga melalui sarapan pagi sihat, untuk bantu mereka menjalani hari dengan lebih bertenaga, saya sudah pun dapat merasai nikmat rezeki Allah. Subhanallah!

Jika anda ingin merasai sendiri keseronokan berada di dalam Kelab Nutrisi, anda boleh hadir ke mana-mana Kelab Nutrisi di sekitar tempat anda. Jika anda berada di Kuantan atau Pekan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut berkaitan Kelab Nutrisi.

photo 
     

Thursday, June 25, 2015

Cabaran Turun Lemak Herbalife Kuantan Sesi I

Nak Turun Lemak Badan dengan Herbalife Kuantan?

Ingin kuruskan badan di bulan puasa ini?
Ingin kekal kurus walaupun selepas Hari Raya nanti?
Inginkan kedua-duanya sambil berpeluang memenangi hadiah wang tunai?

Jika jawapan anda Ya, ini adalah cara terbaik untuk anda yang berada di Kuantan.

Ahli Herbalife Kuantan telah bekerjasama untuk mengadakan Cabaran Turun Lemak sempena bulan Puasa dan Hari Raya ini. Siapa kata Raya tak boleh turunkan lemak?

Ini adalah maklumat ringkas mengenai Cabaran Turun Lemak Badan Herbalife Kuantan  Sesi Pertama

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi mana-mana Jurulatih Herbalife Kuantan yang terlibat, atau hubungi saya di nombor 017-9360797.

Jangan lepaskan peluang anda untuk turunkan lemak dalam badan secara sihat dengan produk Herbalife, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai!

Tuesday, June 2, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Hari Herbalife Kuantan Bulan Jun 2015

Kenapa Anda Perlu Hadikan Diri ke Aktiviti Herbalife Kuantan Bulan Jun ini?



Ada 5 sebab kenapa anda perlu hadir ke Rocana Hotel Kuantan pada 6 Jun 2015 untuk Herbalife Kuantan Day ini. 

Sebab #1 - Anda berpeluang mendapat maklumat mengenai kepentingan nutrisi dalam kehidupan yang aktif dan sihat. Ketahui bagaimana memperolehi nutrisi terbaik untuk badan anda supaya lebih bertenaga dan ceria!

Sebab # 2 - Dengarkan perkongsian daripada speaker-speaker hebat dari pelbagai latar belakang di Herbalife Kuantan. Ada yang datang dari latar belakang seorang surirumah, tenaga pengajar, pengarah, jurutera dan lain-lain. Anda pasti teruja mendengar kisah mereka dan testimoni Herbalife yang akan disampaikan nanti!

Sebab #3- Bersama-sama ambil peluang bersenam selama 1 jam secara PERCUMA sahaja. Anda boleh keluarkan peluh dan bakar lemak serta mendapat lebih informasi dan tips tentang cara memperolehi hasil maksimum dari senaman anda. Anda juga dapat dengar tips-tips pemakanan yang dapat menyokong gaya hidup aktif anda.

Sebab #4 - Peluang merasai sendiri shake Herbalife yang penuh nutrisi dan merupakan pengganti makanan No 1 di Dunia! Anda juga dapat ketahui bagaimana cara berpuasa dengan lebih bertenaga dan ceria dengan puasa dengan Herbalife.

Sebab #5 - Paling istimewa sendiri ialah mendengar kisah bagaimana seorang bekas mahasiswa Universiti terkenal menjalankan perniagaan Herbalife secara separuh masa hingga akhirnya berjaya mendapat pendapatan yang lumayan dengan Herbalife. Beliau kini menjalankan bisnes Herbalife secara Full Time dan melancong ke pelbagai negara beberapa kali setahun. 

*Pendapatan tertakluk kepada individu (atau contoh) digambarkan dan bukan purata. 

Jadi, marilah bersama-sama memeriahkan aktiviti Herbalife Kuantan pada hari Sabtu ini. 

Hubungi saya di nombor 017-9360797 untuk hadirkan diri 



Tuesday, May 19, 2015

Kenapa Perlu Beli Produk Herbalife Malaysia Bulan Mei 2015 ini?

Ketahui 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Produk Herbalife Malaysia Pada Bulan Ini!


Ada beberapa sebab mengapa anda perlu dapatkan produk Herbalife Malaysia pada bulan Mei 2015 ini.

 Sebab #1 : Promosi bulan Mei 2015 


Promosi yang disediakan oleh syarikat Herbalife bagi ahli yang beli Herbalife bulan ini sangat menarik!. Bayangkanlah bahawa and boleh memiliki wristband istimewa yang boleh memberikan bacaan jumlah langkah, jarak perjalanan, jumlah kalori yang dibakar, alarm dan juga kualiti waktu tidur. Bukankah ini sangat berguna untuk memastikan kita mencapai target harian kita? Tool ini juga sangat berguna jika anda seorang yang gemar bersenam.

Ketahui bagaimana nak kurus dengan cara senaman di Kuantan.



Sebab #2 : Persediaan puasa

Jika anda sudah bersedia untuk berpuasa dengan Herbalife, inilah masa paling sesuai untuk mendapatkan produk Herbalife Malaysia. Puasa dengan Herbalife bukan sahaja membantu membekalkan nutrisi untuk membantu mengawal rasa lapar, tetapi juga menjadikan kita lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari berpuasa.

Sebab #3 : Cantik di Hari Raya 

Bagi mereka yang ingin kelihatan cantik dengan Herbalife dan berseri-seri waktu Hari Raya nanti, anda boleh mula menggunakan produk Herbalife SKIN. Produk Herbalife SKIN dapat memberikan kesan kulit cantik dengan Herbalife, yang menjadikan muka nampak lebih berseri-seri dan boleh mengurangkan masalah kulit muka dengan kesan dalam 7 hari. Produk SKIN telah diuji secara klinikal oleh Pakar Dermatologi dan bebas Sulfate dan bebas Paraben. Jika anda mulakan penggunaan SKIN sekarang dan secara teratur dan konsisten, anda pasti dapat memperolehi kesan kulit cantik pada Hari Raya nanti.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk herbalife Malaysia sebelum terlambat.

Hubungi Coach Herbalife anda sekarang atau mana-mana ahli Herbalife Malaysia yang lain. Anda boleh pilih nak beli Herbalife Online atau jika berada di Kuantan, anda boleh dapatkannya dari mana-mana Coach Herbalife Kuantan.

Aziera Yazid merupakan seorang Coach Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife.


photo 
     

Tuesday, May 12, 2015

3 punca kenapa berat badan susah turun



Ketahui 3 punca  kenapa berat badan susah turun, dan cara mengatasinya.

Mungkin anda rasa turunkan berat badan ialah satu yang susah untuk diri anda.

Mungkin anda masih tidak faham kenapa berat badan susah turun walaupun anda sudah mencuba pelbagai cara dan produk.

Pernahkah anda rasa orang lain mudah untuk turunkan berat badan,  mungkin kerana mereka ada banyak masa untuk bersenam, atau mereka ada duit lebih untuk beli makanan sihat dan ‘eat clean’ yang harganya lebih tinggi  dari makanan biasa yang lain. Atau, mereka belum pernah melahirkan anak atau pun usia masih muda.

Atau, anda mempunyai pelbagai alasan lain lagi kenapa berat badan susah turun tidak seperti sesetengah orang lain yang anda kenal.

Jadi, apakah penyelesaiannya sekarang? Bagaimanakah caranya untuk anda boleh berubah supaya berjaya menurunkan berat badan?

Perkara penting yang anda perlu fahami ialah, semua orang meghadapi cabaran dan dugaan dalam menurunkan berat badan, tidak kiralah latar belakang pendidikan, kerjaya dan usia mereka. Sama ada golongan professional seperti doktor, dan guru, ataupu suri rumah atau pelajar, semuanya mempunyai cabaran masing-masing dalam menurunkan berat.

Cabaran dan dugaan ini mungkin tidak sama seperti yang anda hadapi sekarang, tetapi ada beberapa punca bagaimana mereka dapat menghadapinya dan mendapat hasil turun berat badan   dengan lebih baik.

Berikut ialah 3 cara kenapa berat badan susah turun, dan  cara mengatasinya:-

Punca  #1 Tidak percaya kepada  diri anda sendiri


Anda masih tertanya-tanya sama ada anda mampu menurunkan berat badan seperti yang anda inginkan.

Sebelum memulakan sesuatu program turunkan berat badan, anda perlu mempunyai kepercayaan bahawa anda mampu melaksanakannya. Dengan kepercayaan yang teguh, anda akan memperolehi keyakinan untuk mencapai matlamat anda. Keyakinan ini sangat membantu untuk anda menghadapi cabaran yang datang.

Punca #2 Tidak Konsisten


Apabila anda telah memilih program menurunkan berat badan yang tertentu, adalah penting anda konsisten melaksanakannya dan jangan berhenti sebelum masa yang sepatutnya. Jika anda hanya komited untuk melaksanakannyanya untuk seminggu dua sahaja dan selepas itu terus berhenti, memang sudah untuk lihat kesan. Ada juga yang asyik mengelat dalam sesuatu program turun berat dan tidak melakukan sepenuhnya seperti yanng sepatutnya.  Inilah sebab kenapa berat badan susah turun.

Pilih program yang sesuai dan anda mampu laksanakan supaya anda lebih konsisten dan berupaya kekal dalam program tersebut tanpa mudah putus asa.

Punca # 3 : Tidak sabar

Untuk mendapatkan hasil, akan memerlukan sedikit masa. Jadi anda haruslah bersabar dan jangan mengharapkan ‘shortcut’ atau inginkan hasil dalam masa yang singkat. Jangan letak matlamat terlalu tinggi yang sukar dicapai. Teruskan usaha anda dan bersabar selagi belum mencapai matlamat anda

Kepentingan Coach dalam membantu menghadapi cabaran menurunkan berat badan

Jika anda sudah mencuba pebagai cara untuk turunkan berat tapi tidak berjaya, anda tidak perlu putus asa selagi anda belum pernah mempunyai seorang Coach untuk membantu anda.

Coach ialah Jurulatih yang dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih berkesan. Lantik seorang Coach yang berpengalaman, dan telah membantu ramai orang menurunkan berat badan. Ini dapat membina keyakinan diri yang anda juga boleh berjaya seperti ramai lagi yang lain.Anda juga lebih faham kenapa berat badan susah turun sebelum ini.

Coach dapat bantu anda kenalpasti diet yang sesuai dengan cara hidup anda sekarang supaya anda lebih mudah untuk konsisten. Coach akan memberikan sokongan dan motivasi di saat anda memerlukan, supaya anda tidak mudah putus asa dan lebih bersabar.

Jika anda belum pernah mempunyai seorang Coach, inilah masanya untuk bermula.

Kelebihan Herbalife ialah anda mendapat Coaching PERCUMA untuk membantu anda memilih pemakanan yang sesuai. Coach Herbalife sentiasa mendapat latihan yang sesuai dan maklumat terkini dalam nutrisi dan cara hidup sihat, dan Coach boleh berkongsi dengan anda cara turunkan berat badan yang paling sesuai untuk anda.

Aziera Yazid merupakan seorang Coach Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife.


photo 
     



Monday, February 16, 2015

Aktiviti Herbalife Kuantan: Hari Herbalife Bulan Februari 2015

Hari Herbalife Kuantan bulan Februari 2015

 

Hari Herbalife Kuantan kembali lagi untuk bulan Februari ini. Acara ini akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Februari 2015 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan.

Klik di sini jika anda masih belum tahu kenapa anda perlu hadir ke Hari Herbalife Kuantan

Saya memang rasa teruja untuk acara ini. Bukan sahaja akan diadakan aktiviti Fit Hour, iaitu senaman beramai-ramai membakar peluh, tetapi juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang telah menggunakan produk Herbalife dan mendapat testimoni Herbalife yang mengujakan!

Yang lebih istimewa lagi, tetamu khas pada hari tersebut ialah seorang yang telah menjalankan perniagaan Herbalife lebih daripada 8 tahun yang berasal dari Belgium. Ironiknya ialah, dia juga bertemu dengan Herbalife secara online, sama seperti saya dulu. Anda boleh download ebook saya untuk ketahui bagaimana saya mula-mula bertemu dengan produk Herbalife dan dapat turunkan berat badan sebanyak 18kg.

Jadi jika anda berada di Kuantan dan sedang mencari penyelesaian untuk menurunkan berat badan, saya ingin menjemput anda untuk hadirkan diri ke acara ini. Anda juga dapat melihat peluang bagaimana Herbalife dapat membantu anda menambah pendapatan termasuk melalui bisnes online dari rumah.

Hubungi saya Aziera di nombor 017-9360797 untuk tempahan kehadiran anda, atau hubungi mana-mana Ahli Bebas Herbalife di Kuantan yang lain. Jangan lepaskan peluang ini!


Isikan maklumat berikut

Isikan maklumat dibawah jika anda serius untuk melantik saya sebagai Jurulatih Pengurusan Berat Badan anda

Nama:
Email:
No Telefon

This HTML form was created by Freedback.

Menurunkan Berat Badan dengan Aziera Yazid